Wednesday 5 March 2014

CALON KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK

Jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak juga hangat apabila penyandangnya ADUN Semop, YB Abdullah bin Haji Saidol tamat pada 28 Februari 2014 walaubagaima pun sumber dalaman PBB, bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dijangka akan melanjutkan jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak berdasarkan prestasi terbaik yang pernah ditunjukkan beliau sepanjang memegang jawatan itu biarpun hanya berlatarbelakangkan pengendalian saham dan sedikit pengetahuan undang-undang.

Dikhabarkan ada muka baharu yang ‘berminat’ untuk memegang jawatan tersebut,malah Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem juga sebelum ini mengesahkan akan berlaku sedikit rombakan kecil dalam kabinet Sarawak.

ADUN Jemoreng yang juga merupakan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Abu Seman Jahwi adalah antara nama yang disebut. Beliau dikatakan mempunyai stamina yang tinggi dan ‘hubungan baik’ dengan rakyat apabila mampu menghadiri 5 program dalam masa sehari. Juga, mempunyai kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa di Sarawak.

Tidak keterlaluan juga dikatakan wajah Abu Seman Jahwi ini kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan Sarawak ketika mana menghadiri program di lapangan.






No comments:

Post a Comment